KECANTIKAN dan kesempurnaan adalah penting pada setiap kaum wanita. Segalanya berpunca dari penjagaan diri, penampilan, senaman dan faktor pemakanan yang seimbang. Gabungan ini adalah langkah untuk jadikan badan terasa sihat, cantik dan bebas dari serangan penyakit.
Langkah Rawatan Penampilan Diri:
- Kenal pasti kekurangan diri.
- Mulakan rawatan dengan cara mengurut sendiri di bahagian paha. Lakukan seeloknya pada waktu pagi atau sebaik selesai mandi.
- Amalkan rawatan urutan paha selama 5 minit setiap hari.
- Masalah besar pada wanita adalah bahagian perut, punggung, dan pangkal paha. Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya gunaka krim yang khusus untuk menghilangkan selulit pada bahagian tersebut.
Amalkan Mandi Menggunakan Air Suam:
- Digalakkan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk kebersihan dan kesegaran badan.
- Amalan ini dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan dan sekali gus menjadikan bahan lebih segar dan sihat.
Amalan Mandi Air Garam Laut:
- Ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah juga kebaikan kecantikan diri.
- Caranya masukkan garam laut ke dalam bekas mandi yang dicampurkan dengan air suam.
- Biarkan garam air laut larut seketika dan rendamkan badan anda ke dalam bekas mandi tersebut.
- Mandi larutan air garam laut akan menjadikan badan lebih segar dan nyaman.
Senaman:
- Selain rawatan diri juga digalakkan untuk lakukan senaman setiap hari bagi mendapatkan badan yang sihat dan cergas.
- Lompat tali: sekiranya anda sibuk maka pilihlah senaman yang ringkas dan tidak memerlukan ruang yang luas.
- Senaman Aerobik: juga boleh dilakukan di rumah. Hanya pasang sahaja DVD atau youtube yang bersesuaian dengan diri anda.
- Senaman Berjalan Kaki: boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ini untuk mendapatkan paha yang ramping dan jaringan otot terasa lebih kuat.
Pemakanan Seimbang:
- Gabungan rawatan badan, senaman dan pemakanan seimbang serta diikuti disiplin diri yang kuat akan menghasilkan kesempurnaaan bentuk badan yang ideal.
- Teh Hijau: mengandungi vitamin C dan zat zink yang penting untuk badan. Berfungsi bagi menyingkirkan toksin dalam badan dan perbaiki saluran pencernaan badan.
- Buah-buahan: Diakui mengandungi khasiat yang sangat penting bagi kesihatan badan. Digalakkan makan buah-buahan dalam menu makanan harian.
- Kalsium: peranan untuk jadikan tulang yang sihat dan kuat. Pelihara jaringan otot dan kelembapan pada tubuh untuk sentiasa kuat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan