Di dalam al-Quran terdapat banyak potongan ayat untuk di amalkan oleh para Nabi dan Rasul. Antara doa-doa yang dapat di amalkan adalah:
Doa mohon perlindungan dan keselamatan keluarga
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, bagi ibu bapaku, bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan beriman serta bagi orang lelaki yang beriman dan perempuan beriman. Dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan."
Doa agar diampunkan segala kesalahan lalu
"Wahai Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
Doa agar dijauhkan daripada gangguan orang kafir
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Doa agar dikurniakan anak soleh
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang yang soleh."
Doa keamanan dan kemakmuran negeri
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini aman sentosa dan berikanlah rezeki daripada berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."
Doa memohon kebijaksanaan dan dimasukkan ke syurga
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan."
Doa agar diterima amalan
"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Doa agar berkekalan mentaati Allah SWT
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu dan jadikanlah keturunan kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik."
Doa untuk mengelakkan daripada memohon suatu tidak sepatutnya










Tiada ulasan:
Catat Ulasan