Alunan Asmaul Husna dari Sharifah Khasif.. sgt2 sukakan beliau. Moga Allah SWT kabulkan permintaan ku untuk punyai anak perempuan seperti beliau.. pandai mengaji, sopan, rendah diri dan cantik bukan sahaja dari segi luaran malah cantik dari dalaman jua.. amen... (^_^)
Ahad, 7 Julai 2013
Sabtu, 29 Jun 2013
Hepy Nie Tgh Hepy Nie..
Salam semua,
Tarikh hari nie; 29 Jun 2013
Waktu sekarang jam 8:15 malam.
Sesambil nak meng’update’kan status blog nie sambil wat keje, sambil ber’YouTube’.. tgk youtube citer upin dan ipin.. eueewww hehe dah mcm bebudak, walhal umur dah 27 thn dah pun.. dah boley kawen pun..oopppsss hehe
Tapikan bukan tgk sgt pun citer upin ipin nie.. mcm hape jer.. sbb bukan xbest.. eh eh sape ckp upin ipin x best?? Sape cakap? Huh! Heheee sebenarnya.. sbbkan wat keje la nak buka citer kartun animasi nie.. bagi semangat.. dgr mcm radio jer la jawab nya.. sbb nak focus kan dan kejarkan sesuatu kerja nie sampai tercapai la sempurna.
Now nak continue wat keje k.. nnt x focus x menjadi plak.. kang x da hasil. Hurm, lumayan sungguh wat keje nie.. x rugi pun.. sbb mmg senang jer.. just klik then dapatlah income!! Yeayy yeayy x sampai 1 hari dah dapat income. Eventhough sedikit tpi Alhamdullillah.. amen.. (^_^) saya suke saya suke ‘mei mei version’
K la, nnt sambung berblog lagik ek.. dadaaaa semua.. Assalammualaikum.. (^_^)
Selasa, 25 Jun 2013
10 Kelebihan Orang Bersolat
- Diberi nur pada wajah.
- Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
- Hati bercahaya & tenang jiwa.
- Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
- Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
- Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
- Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
- Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
- Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
- Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.
(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)
Kelebihan Ayat Kursi
- Terpelihara daripada gangguan syaitan.
Sabda Nabi SAW: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi, sehingga habis ayat. Maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga daripada Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi." (Riwayat Bukhari)
- Mendapat keselamatan
Dilaporkan Saidina Ali menyatakan, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membacanya pada saat tidurnya, Allah akan mengamankannya, tetangganya, tetangga dari tetangganya dan rumah yang ada sekitarnya."
- Dijaga daripada gangguan jin (Berdasarkan hadis riwayat al-Hakim)
Isnin, 24 Jun 2013
Khasiat Solat & Waktu : Kelebihan Solat Awal
Semasa mencari dan mencari sesuatu.. saya ade terbaca 1 artikel yang mungkin jarang sekali anda semua jarang nak tahu atau tak terlintas nak taw pun.. jadi sebagai hamba Allah yang ingin berkongsi sesuatu perkara yang bermanfaat inilah yang perlu dan patut anda semua tahu.. Selamat membaca sehingga habis yer (^_^)
SOLAT SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
SOLAT ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
SOLAT ASAR
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
SOLAT MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
SOLAT ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail
SAHABAT-SAHABAT SEMUA nampak kan kebaikan dan khasiat solat pada waktu-waktu itu kan... saya dulu hairan dan pelik kenape la orang tua suruh solat awal... jangan lewatkan... .. itula bende nyer... Patut la kalau nk tengok pakcik makcik yang selalu solat awal dan tak penah miss solat sihat sentiase...
Jerebu Oh Jerebu (T_T)
Cuaca makin teruk sekarang... dah 2 3 hari jerebu tidak surut-surut.. teringatkan keadan mak, ayah dan adik (Adam). Tapi lebihkan risau pada kesihatan ayah yang pergi balik kerja hanya tunggang motor sahaja. Dari rumah ke tempat kerja bukan amik masa yang kejap.. tpi dalam 40 minit.
Kesian ayah.. hari-hari angah call ayah. Samada ayah dah makan ubat ke belum, pakai topeng ke x masa naik motor tue.. Tapi boleh pulak ayah buat lawak. Jawapan ayah "topeng ape? topeng ultraman adalah.. heheee".. Ayah memang kelakar. Dalam angah dok risaukan ayah boleh ayah sempat nak wat lawak..haishh hehee..
Kesihatan emak plak lagi angah risau.. mak dah la x larat sgt.. asyik pening kepala dan sakit2 otot. Maklumla dah berumur lagi2 asyik turun naik tangga jer tiap2 hari.. hurmm.. untuk mak nnt insya Allah ada masa angah bawa emak p spa yer.. x pun p ngurut kat cik eita feveret masseur mak. Tip top!! (^_^)
Adam plak, hurm.. angah risau jugak.. yerla, budak tomey yg gumok buntal dan bulat mcm ehsan citer upin ipin tue.. ooppss bukan citer teduhan kasih yer.. itu, nnt bila adam dah besar baru mcm ehsan teduhan kasih tue. Adam, nnt kak ngah belikan puzzle mcm janji kak ngah kat adam taw.. sbb adam belajar pandai dapat nombor 3 kat sekolah untuk peperiksaan pertengahan tahun. Hurm, if nak taw.. adam berumur 8 tahun bersamaan darjah 2 (^_^) memiliki tubuh badan terlajak sihat.. ketinggian 130cm dan 61kg..haishh takot obes plak.. selalu jer nak kena control pemakanan nie.. Tapi x boley, sbb ayah mesti kecian tgk adam makan sikit..haishh heheee
Okaylah sahabat-sahabat sume.. skrg jam dah 1:08 pagi 25.06.2013.. Time to sleep dah nie..
Esok keje.heheee takot plak terbangun lewat..
*Emak, ayah dan adik-adikku (ateh, adik dan Adam).. angah sayang kamo semua.. dan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan dan sentiasa di beri perlindungan daripada perkara-perkara yang memudaratkan.. amen.. Selamat malam (^_^)
Mereka Yang Memiliki Bilik-bilik Syurga
CALON SYURGA FIRDAUS
- Orang beriman.
- Khusyuk dalam solat.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia.
- Mereka yang berusaha membersihkan harta dengan menunaikan zakat harta.
- Mereka yang menjaga kehormatannya.
- Mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
- Mereka yang tetap memelihara solatnya.
CALON SYURGA ADN
- Orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya.
- Orang yang mendirikan solat.
- Mereka yang menafkahkan sebahagian rezeki secara sembunyi atau terang-terangan.
- Mereka yang menolak kejahatan dengan kebaikan.
- Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.
- Orang yang benar-benar bertaqwa.
CALON SYURGA NAIM
- Orang yang beriman dan beramal soleh.
- Orang yang bertakwa.
CALON SYURGA MA'WA
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
- Orang yang takut kepada kebesaran Allah SWT.
- Orang yang menahan diri daripada hawa nafsu yang buruk.
"Jika dunia ini persinggahan mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita semua ada hanya satu persinggahan."
Ahad, 23 Jun 2013
Doa dan Amalan Nisfu Syaaban 1434H
“Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa”
( Riwayat al-Nasaie )
kalaulah ada yg nak baca yasin 3 kali mlm ni dipersilakan.. dan tujuan dibuat tadi atas dasar amal soleh bukan kerana mengikut sunnah nabi atau arahan nabi. nak baca 30x pun boleh :)
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN.
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
DOA NISFU SYAABAN:
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya...amenn
**Alhamdullillah... Ya Allah... Astaghfirullah... (^_^)
Jumaat, 21 Jun 2013
Doa Amalan = Doa Harian
Di dalam al-Quran terdapat banyak potongan ayat untuk di amalkan oleh para Nabi dan Rasul. Antara doa-doa yang dapat di amalkan adalah:
Doa mohon perlindungan dan keselamatan keluarga
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, bagi ibu bapaku, bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan beriman serta bagi orang lelaki yang beriman dan perempuan beriman. Dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan."
Doa agar diampunkan segala kesalahan lalu
"Wahai Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali."
Doa agar dijauhkan daripada gangguan orang kafir
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Doa agar dikurniakan anak soleh
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung daripada orang yang soleh."
Doa keamanan dan kemakmuran negeri
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini aman sentosa dan berikanlah rezeki daripada berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka."
Doa memohon kebijaksanaan dan dimasukkan ke syurga
"Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan."
Doa agar diterima amalan
"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Doa agar berkekalan mentaati Allah SWT
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu dan jadikanlah keturunan kami (juga) umat yang berserah diri kepada-Mu. Tunjukkanlah kepada kami cara ibadat kami dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik."
Doa untuk mengelakkan daripada memohon suatu tidak sepatutnya
Rabu, 19 Jun 2013
Kerja + Breakfast + Air Putih
Assalamualaikum WBT..
Hurm, bangun pagi pergi kerja.. mlm tdi cukup stress dgn masalah internet.. bru la dok syiok nak menaip bagai tambah catatan baru. Tapi hmmm sabar jerla..aish..
Well, walau mcm mana pun.. kena tetap cool jugak hehe
Pagi nie jer dah p beli sarapan kat blok kawasan umah... so, sedap jugak la.. just beli bihun goreng + telur mata @ telur dadar hikhik ... sbb makcik tue ckp telur mata dah xde mata makcik goreng mcm telur dadar jer nakk.huhu xpela makcik.. sy okay jer..
Okay, buat pengetahuan pembaca semua.. mulai hari nie dan saat ini sila minum air putih bebnyk k. Lagi2 musim mcm nie.. cuaca x menentu.. jelebu plak dgr citer kan.. if xnak sakit dan demam sila minum air puth at least 3-4 liter sehari..
Untuk maklumkan lagi, 1 liter air putih adalah bersamaan 25kg berat badan kte.. ini yang admin kira sendiri la kan.. contoh jika berat seseorang 100kg bahagikan dgn 25kg jawapan 4 liter air putih yang wajib diminum.. dah xmo la minum ayaq (air) ais lagi sgt taw.
*Sila amalkan air putih untuk elak dari penyakit yer.. (^_^)
Selasa, 18 Jun 2013
Miliki Tubuh Menawan Dalam Masa Singkat
KECANTIKAN dan kesempurnaan adalah penting pada setiap kaum wanita. Segalanya berpunca dari penjagaan diri, penampilan, senaman dan faktor pemakanan yang seimbang. Gabungan ini adalah langkah untuk jadikan badan terasa sihat, cantik dan bebas dari serangan penyakit.
Langkah Rawatan Penampilan Diri:
- Kenal pasti kekurangan diri.
- Mulakan rawatan dengan cara mengurut sendiri di bahagian paha. Lakukan seeloknya pada waktu pagi atau sebaik selesai mandi.
- Amalkan rawatan urutan paha selama 5 minit setiap hari.
- Masalah besar pada wanita adalah bahagian perut, punggung, dan pangkal paha. Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya gunaka krim yang khusus untuk menghilangkan selulit pada bahagian tersebut.
Amalkan Mandi Menggunakan Air Suam:
- Digalakkan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk kebersihan dan kesegaran badan.
- Amalan ini dapat melancarkan pengaliran darah dalam badan dan sekali gus menjadikan bahan lebih segar dan sihat.
Amalan Mandi Air Garam Laut:
- Ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan malah juga kebaikan kecantikan diri.
- Caranya masukkan garam laut ke dalam bekas mandi yang dicampurkan dengan air suam.
- Biarkan garam air laut larut seketika dan rendamkan badan anda ke dalam bekas mandi tersebut.
- Mandi larutan air garam laut akan menjadikan badan lebih segar dan nyaman.
Senaman:
- Selain rawatan diri juga digalakkan untuk lakukan senaman setiap hari bagi mendapatkan badan yang sihat dan cergas.
- Lompat tali: sekiranya anda sibuk maka pilihlah senaman yang ringkas dan tidak memerlukan ruang yang luas.
- Senaman Aerobik: juga boleh dilakukan di rumah. Hanya pasang sahaja DVD atau youtube yang bersesuaian dengan diri anda.
- Senaman Berjalan Kaki: boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ini untuk mendapatkan paha yang ramping dan jaringan otot terasa lebih kuat.
Pemakanan Seimbang:
- Gabungan rawatan badan, senaman dan pemakanan seimbang serta diikuti disiplin diri yang kuat akan menghasilkan kesempurnaaan bentuk badan yang ideal.
- Teh Hijau: mengandungi vitamin C dan zat zink yang penting untuk badan. Berfungsi bagi menyingkirkan toksin dalam badan dan perbaiki saluran pencernaan badan.
- Buah-buahan: Diakui mengandungi khasiat yang sangat penting bagi kesihatan badan. Digalakkan makan buah-buahan dalam menu makanan harian.
- Kalsium: peranan untuk jadikan tulang yang sihat dan kuat. Pelihara jaringan otot dan kelembapan pada tubuh untuk sentiasa kuat.
Assalamualaikum...
Harap-harap pada pembaca yang dok baca blog dan ceritera admin nie sihat2 naa..
Hurm, actually this is my first step nak belajar wat blog nie.. harap sgt dapat tahu lebih ttg mcmna nak jadikan blog nie kreatif..
Bukan senang nak senang.. dan bukan susah nak senang.. yg penting yakin dan berdikari la sendiri yer.. xde sape nak tolong kte waktu susah melainkan mmg Allah Ta'ala telah turunkan seseorg untuk membantu kte..
Semoga apa sahaja yg dicatat dlm penulisan blog nie dpt memberi kata-kata semangat dan memberi harapan pada admin utk terus lagi menulis (sebenarnya taip kat keyboard jer pun).hikhik (^_^)
Nnt kepada pembaca semua.. rajin2 kan diri untuk meng'like' kan page admin nie yer..
https://www.facebook.com/pages/Wanita-Ceria-Muslimah/113568348753330?ref=tn_tnmn
Atau pergi ke fesbuk dan type carian : Wanita Ceria Muslimah
(nampak gambar page di bawah nie? ha tue la page admin) hehe (^_^)
Selamat malam yer.. masa nie admin x tidoq lagi.hikhik dok syiok sgt menaip.uhu
Langgan:
Catatan (Atom)
















.jpg)

