Alunan Asmaul Husna dari Sharifah Khasif.. sgt2 sukakan beliau. Moga Allah SWT kabulkan permintaan ku untuk punyai anak perempuan seperti beliau.. pandai mengaji, sopan, rendah diri dan cantik bukan sahaja dari segi luaran malah cantik dari dalaman jua.. amen... (^_^)
Wanita Ceria Muslimah
Ahad, 7 Julai 2013
Sabtu, 29 Jun 2013
Hepy Nie Tgh Hepy Nie..
Salam semua,
Tarikh hari nie; 29 Jun 2013
Waktu sekarang jam 8:15 malam.
Sesambil nak meng’update’kan status blog nie sambil wat keje, sambil ber’YouTube’.. tgk youtube citer upin dan ipin.. eueewww hehe dah mcm bebudak, walhal umur dah 27 thn dah pun.. dah boley kawen pun..oopppsss hehe
Tapikan bukan tgk sgt pun citer upin ipin nie.. mcm hape jer.. sbb bukan xbest.. eh eh sape ckp upin ipin x best?? Sape cakap? Huh! Heheee sebenarnya.. sbbkan wat keje la nak buka citer kartun animasi nie.. bagi semangat.. dgr mcm radio jer la jawab nya.. sbb nak focus kan dan kejarkan sesuatu kerja nie sampai tercapai la sempurna.
Now nak continue wat keje k.. nnt x focus x menjadi plak.. kang x da hasil. Hurm, lumayan sungguh wat keje nie.. x rugi pun.. sbb mmg senang jer.. just klik then dapatlah income!! Yeayy yeayy x sampai 1 hari dah dapat income. Eventhough sedikit tpi Alhamdullillah.. amen.. (^_^) saya suke saya suke ‘mei mei version’
K la, nnt sambung berblog lagik ek.. dadaaaa semua.. Assalammualaikum.. (^_^)
Selasa, 25 Jun 2013
10 Kelebihan Orang Bersolat
- Diberi nur pada wajah.
- Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
- Hati bercahaya & tenang jiwa.
- Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
- Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
- Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
- Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
- Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
- Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
- Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.
(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)
Kelebihan Ayat Kursi
- Terpelihara daripada gangguan syaitan.
Sabda Nabi SAW: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi, sehingga habis ayat. Maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga daripada Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi." (Riwayat Bukhari)
- Mendapat keselamatan
Dilaporkan Saidina Ali menyatakan, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang membacanya pada saat tidurnya, Allah akan mengamankannya, tetangganya, tetangga dari tetangganya dan rumah yang ada sekitarnya."
- Dijaga daripada gangguan jin (Berdasarkan hadis riwayat al-Hakim)
Isnin, 24 Jun 2013
Khasiat Solat & Waktu : Kelebihan Solat Awal
Semasa mencari dan mencari sesuatu.. saya ade terbaca 1 artikel yang mungkin jarang sekali anda semua jarang nak tahu atau tak terlintas nak taw pun.. jadi sebagai hamba Allah yang ingin berkongsi sesuatu perkara yang bermanfaat inilah yang perlu dan patut anda semua tahu.. Selamat membaca sehingga habis yer (^_^)
SOLAT SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
SOLAT ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
SOLAT ASAR
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
SOLAT MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
SOLAT ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail
SAHABAT-SAHABAT SEMUA nampak kan kebaikan dan khasiat solat pada waktu-waktu itu kan... saya dulu hairan dan pelik kenape la orang tua suruh solat awal... jangan lewatkan... .. itula bende nyer... Patut la kalau nk tengok pakcik makcik yang selalu solat awal dan tak penah miss solat sihat sentiase...
Jerebu Oh Jerebu (T_T)
Cuaca makin teruk sekarang... dah 2 3 hari jerebu tidak surut-surut.. teringatkan keadan mak, ayah dan adik (Adam). Tapi lebihkan risau pada kesihatan ayah yang pergi balik kerja hanya tunggang motor sahaja. Dari rumah ke tempat kerja bukan amik masa yang kejap.. tpi dalam 40 minit.
Kesian ayah.. hari-hari angah call ayah. Samada ayah dah makan ubat ke belum, pakai topeng ke x masa naik motor tue.. Tapi boleh pulak ayah buat lawak. Jawapan ayah "topeng ape? topeng ultraman adalah.. heheee".. Ayah memang kelakar. Dalam angah dok risaukan ayah boleh ayah sempat nak wat lawak..haishh hehee..
Kesihatan emak plak lagi angah risau.. mak dah la x larat sgt.. asyik pening kepala dan sakit2 otot. Maklumla dah berumur lagi2 asyik turun naik tangga jer tiap2 hari.. hurmm.. untuk mak nnt insya Allah ada masa angah bawa emak p spa yer.. x pun p ngurut kat cik eita feveret masseur mak. Tip top!! (^_^)
Adam plak, hurm.. angah risau jugak.. yerla, budak tomey yg gumok buntal dan bulat mcm ehsan citer upin ipin tue.. ooppss bukan citer teduhan kasih yer.. itu, nnt bila adam dah besar baru mcm ehsan teduhan kasih tue. Adam, nnt kak ngah belikan puzzle mcm janji kak ngah kat adam taw.. sbb adam belajar pandai dapat nombor 3 kat sekolah untuk peperiksaan pertengahan tahun. Hurm, if nak taw.. adam berumur 8 tahun bersamaan darjah 2 (^_^) memiliki tubuh badan terlajak sihat.. ketinggian 130cm dan 61kg..haishh takot obes plak.. selalu jer nak kena control pemakanan nie.. Tapi x boley, sbb ayah mesti kecian tgk adam makan sikit..haishh heheee
Okaylah sahabat-sahabat sume.. skrg jam dah 1:08 pagi 25.06.2013.. Time to sleep dah nie..
Esok keje.heheee takot plak terbangun lewat..
*Emak, ayah dan adik-adikku (ateh, adik dan Adam).. angah sayang kamo semua.. dan sentiasa mendoakan kesihatan, keselamatan dan sentiasa di beri perlindungan daripada perkara-perkara yang memudaratkan.. amen.. Selamat malam (^_^)
Mereka Yang Memiliki Bilik-bilik Syurga
CALON SYURGA FIRDAUS
- Orang beriman.
- Khusyuk dalam solat.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia.
- Mereka yang berusaha membersihkan harta dengan menunaikan zakat harta.
- Mereka yang menjaga kehormatannya.
- Mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
- Mereka yang tetap memelihara solatnya.
CALON SYURGA ADN
- Orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya.
- Orang yang mendirikan solat.
- Mereka yang menafkahkan sebahagian rezeki secara sembunyi atau terang-terangan.
- Mereka yang menolak kejahatan dengan kebaikan.
- Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.
- Orang yang benar-benar bertaqwa.
CALON SYURGA NAIM
- Orang yang beriman dan beramal soleh.
- Orang yang bertakwa.
CALON SYURGA MA'WA
- Orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
- Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
- Orang yang takut kepada kebesaran Allah SWT.
- Orang yang menahan diri daripada hawa nafsu yang buruk.
"Jika dunia ini persinggahan mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita semua ada hanya satu persinggahan."
Langgan:
Catatan (Atom)




